Umrah Ilmiah UiTM 2025

Umrah Ilmiah Ramadan bersama Datuk Naib Cancelor UiTM adalah sebuah program istimewa yang dianjurkan oleh Institut Kajian Zakat & Wakaf (IkaZ), Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA dengan kerjasama Barakah Umhaj Travel Sdn Bhd. Program ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada warga UiTM, termasuk kakitangan dan alumni untuk melaksanakan ibadah umrah sambil menimba ilmu bersama Datuk Naib Canselor UiTM.
Program ini bukan sahaja memberi tumpuan kepada aspek spiritual dan keagamaan, tetapi juga merangkumi elemen ilmiah dan pendidikan. Melalui program ini, para peserta akan berpeluang mendalami ilmu pengetahuan dan memperkukuhkan hubungan silaturahim dengan warga universiti serta masyarakat Islam yang lain. Program ini juga bertujuan untuk memperkasakan semangat keilmuan dalam kalangan warga UiTM dan mempereratkan hubungan antara mereka dengan pihak pengurusan tertinggi universiti.
Event Information
Event Date | 08-15-2025 |
Event End Date | 08-28-2025 |
Cut Off Date | 04-30-2025 |
Capacity | 80 |
Registered | 0 |
Available Place | 80 |
Individual Price | RM8,800.00 |
Location | Arab Saudi |